1.SEJARAH AWAL

      Nama asal Sekolah ini adalah SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG SOUTHERN MALAY,SIMPANG RENGGAM yang terletak kira-kira 3 km dari sekolah sekarang. Ditubuhkan pada 1 Feb 1960 dan jumlah muridnya pada ketika itu 18 orang sahaja.Sementara gurunya ialah ENCIK MISMAN BIN SARMAN yang juga merangkap Guru Besar.

2. PINDAH SEKOLAH

     Pada Tahun 1966 Guru Besar baru dilantik iaitu Encik Mohd Amin bin Abdul Samad. Oleh sebab murid semakin bertambah,sekolah tersebut tidak dapat menampung pertambahan tersebut.Pada 1968,sekolah tersebut telah dipindahkan ke Kampung Batu 41,Jalan Johor,Simpang Renggam.Sekolah ini menumpang di bangunan Balai Raya yang terletak di atas sebuah bukit kira-kira 1 km dari sekolah sekarang.

3. BANGUNAN BARU

     Tahun 1972,kerajaan telah membeli kawasan tapak seluas 3 ekar dengan harga RM5000 untuk kawasan sekolah sekarang. Tahun 1973,pembinaan sekolah baru dua tingkat yang mengandungi 4 bilik darjah,1 pejabat,2 bilik tandas dan 3 bilik stor.Keluasannya ialah 100×25 kaki dengan nombor JKR1754 dan kos pembinaanya lebih kurang RM70,000.Sebuah kantin seluas 25×40 kaki dibina dengan kos RM 15,000 (JKR1755) .Pada tahun itu juga murid-murid berpindah ke bangunan  baru.

4.NAMA SEKOLAH

       Semua AJK Jemaah Pengurus Sekolah telah bersetuju nama asal sekolah ini ditukar kepada SK BUKIT KENANGAN dan ia dipersetujui oleh Jabatan Pelajaran Johor.Nama ‘bukit’  diambil kerana sekolah pernah menumpang di Balai Raya yang terletak di atas bukit dan ‘kenangan’ itu di ambil sebagai memperingati peristiwa menumpang di Balai Raya  tersebut. AJK  Kemajuan Kampung juga bersetuju untuk menukar nama kampung dengan nama  KAMPUNG BUKIT KENANGAN dan ia kekal sehingga ke hari ini. Pada tahun 1982,sebuah lagi bangunan dua tingkat dibina berukuran 70×25 kaki (JKR1833),mengandungi dua bilik darjah,satu bilik tayang dan satu bilik perpustakaan.

5. BANGUNAN 4 TINGKAT

           Dalam menuju Pendidikan Bertaraf Dunia dan Wawasan Pendidikan,sekolah ini menerima bangunan yang serba lengkap demi masa depanya.Sebuah bangunan empat tingkat dibina.Pihat sekolah menerima bangunan ini yang telah siap sepenuhnya pada 31 Oktober 2003.

Murid-murid berpindah ke bangunan pada awal November 2003 dan juga pentadbiran berpindah ke pejabat baru. Bangunan baru ini dilengkapi dengan perabot dan barang-barang keperluan.Pendawaian elektrik dan kipas angin serta 30 alat penghawa dingin dibekalkan dalam bilik-bilik tertentu. Bangunan ini mengandungi bilik-bilik seperti  7 bilik darjah,1 pejabat,1 bilik guru,1 bilik komputer,1 bilik mesyuarat,1 perpustakaan,1 bilik sumber,1 bilik muzik,1 makmal sains,1 bilik kemahiran hidup,1 bilik solat,2 bilik wuduk,1 bilik peperiksaan,1 bilik stor sukan dan 4 tandas.

6. KANTIN

        Kantin juga telah siap sepenuhnya pada 31 Oktober 2003.Kantin mengandungi ruang masak,3 ruang bilik,tandas,ruang makan murid dan ruang makan guru dan kaki tangan sekolah.

7.  Pondok Pengawal Keselamatan juga dibina untuk keselesaan pengawal.Di pintu masuk sekolah dan bersebelahan pondok pengawal disediakan wakaf untuk kemudahan murid dan kakitangan menunggu.