Kami warga Sekolah Kebangsaan Bukit Kenangan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Sallehvdin Bin Rahmat
TAHNIAH & SYABAS

Tahniah dan Syabas kerana berjaya mendapat tempat ke3 didalam pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Kluang .
Friendly Match Bola Baling

Perlawanan persahabatan Bola Baling diantara team SK Bukit Kenangan bersama – sama SK KG Dato Ibrahim Majid telah berlangsung pada 8hb Februari 2018 bertempat di padang SK KG Dato Ibrahim Majid.
PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN
Penutupan Bulan Kemerdekaan SK Bukit Kenangan telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 20 September 2017 . Majlis ini adalah bersempena dengan Hari Kemerdekaan 2017 yang berlangsung pada 31 Ogos 2017.
Sila klik disini untuk melihat keseluruhan gambar .
MAJLIS MOHON RESTU TAHUN 6
Majlis mohon restu murid Tahun 6 SK Bukit Kenangan telah diadakan pada hari Ahad bersamaan 10 September 2017 . Majlis ini adalah bersempena dengan peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 11-14 September 2017.
Sila klik disini untuk melihat keseluruhan gambar .
PROGRAM KUNJUNGAN PENTADBIR SEKOLAH
Program Kunjungan pentadbir Sekolah ke rumah murid SK Bukit Kenangan yang telah kehilangan bapa dan juga selepas 43 hari , ibunya pula kembali ke rahmatullah . Pentadbir sekolah juga ke Hospital Kluang untuk melawat ayah kepada murid sekolah yang dalam proses pembedahan buah pingang . Kunjungan ini juga disertakan sekali sumbangan dari pihak sekolah .
Sila klik disini untuk melihat keseluruhan gambar .
MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA KALI KE 3
Majlis Solat Hajat Perdana kali 3 telah diadakan pada 7 September 2017 bertempat di Dewan Gemilang SK Bukit Kenangan yang bermula pada pukul 7.00 pm dan tamat pada pukul 9.30 pm . Majlis ini disertai oleh seluruh murid tahun 6 serta ibu dan bapa murid . Berikut merupakan gambar semasa majlis berlangsung.
Sila klik disini untuk melihat keseluruhan gambar semasa program berlangsung.