PROGRAM KUNJUNGAN PENTADBIR SEKOLAH

Program Kunjungan pentadbir Sekolah ke rumah murid SK Bukit Kenangan yang telah kehilangan bapa dan juga selepas 43 hari , ibunya pula kembali ke rahmatullah . Pentadbir sekolah juga ke Hospital Kluang untuk melawat ayah kepada murid sekolah yang dalam proses pembedahan buah pingang . Kunjungan ini juga disertakan sekali sumbangan dari pihak sekolah .

Sila klik disini untuk melihat keseluruhan gambar .

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA KALI KE 3

Majlis Solat Hajat Perdana kali 3 telah diadakan pada 7 September 2017 bertempat di Dewan Gemilang SK Bukit Kenangan yang bermula pada pukul 7.00 pm dan tamat pada pukul 9.30 pm . Majlis ini disertai oleh seluruh murid tahun 6 serta ibu dan bapa murid . Berikut merupakan gambar semasa majlis berlangsung.

Sila klik disini untuk melihat keseluruhan gambar semasa program berlangsung.