Susulan hasrat Kementerian Pendidikan supaya sekolah memperkukuhkan nilai murni di sekolah melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat-menghormati, keseronokan dan bertanggungjawab maka lahirlah pelaksanaan Program Ziarah Cakna dengan memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani mutual distrust seperti dipraktik oleh negara Jepun dengan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga.
Objektif utama program ini adalah untuk berkongsi kemenjadian diri murid bersama-sama ibu bapa dan penjaga di samping memahami latar belakang keluarga murid.
Manakala tujuan utama ianya dilaksanakan bagi memperluaskan amalan penyayang dengan membudayakan amalan ziarah ke rumah murid.
Hari ini pihak sekolah diwakili Guru Besar, PK 1, PK HEM dan Guru Kaunseling  berkesempatan meluangkan masa ke rumah murid di Simpang Renggam. Semoga ziarah ini mampu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dan juga ibu bapa murid. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *