Ibubapa/Penjaga Murid-Murid
SK Bukit Kenangan,
86200 Simpang Renggam,
Johor
Tuan,
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA TAHUN 2020
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki hadir ke sekolah untuk menerima bantuan awal persekolahan tahun 2020 sepertimana ketetapan di bawah :
Tarikh : 19 Februari 2020 (Rabu)
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan SK Bukit Kenangan - Bayaran Khas RM100.00 mengikut butiran berikut :-
a. “Kehadiran ibubapa/penjaga adalah wajib bagi menerima bayaran khas RM100.00*
b. Ibubapa/penjaga dikehendaki menunjukkan kad pengenalan semasa menandatangani borang penerimaan bayaran tersebut
c. Bayaran khas awal persekolahan adalah bertujuan bantuan persediaan awal persekolahan tahun 2020
- Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan pihak sekolah dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.