PROGRAM KUNJUNGAN PENTADBIR SEKOLAH

Program Kunjungan pentadbir Sekolah ke rumah murid SK Bukit Kenangan yang telah kehilangan bapa dan juga selepas 43 hari , ibunya pula kembali ke rahmatullah . Pentadbir sekolah juga ke Hospital Kluang untuk melawat ayah kepada murid sekolah yang dalam proses pembedahan buah pingang . Kunjungan ini juga disertakan sekali sumbangan dari pihak sekolah .

Sila klik disini untuk melihat keseluruhan gambar .

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA KALI KE 3

Majlis Solat Hajat Perdana kali 3 telah diadakan pada 7 September 2017 bertempat di Dewan Gemilang SK Bukit Kenangan yang bermula pada pukul 7.00 pm dan tamat pada pukul 9.30 pm . Majlis ini disertai oleh seluruh murid tahun 6 serta ibu dan bapa murid . Berikut merupakan gambar semasa majlis berlangsung.

Sila klik disini untuk melihat keseluruhan gambar semasa program berlangsung.

LAWATAN KETUA UNIT KEWANGAN KPM KE SEKOLAH

PADA 15/05/2017 , SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KENANGAN TELAH DIDATANGI OLEH KETUA UNIT KEWANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. LAWATAN INI ADALAH UNTUK MENINJAU DAN MELAWAT SEKOLAH SERTA MELIHAT KEROSAKAN PADA BANGUNAN SEKOLAH . BERIKUT MERUPAKAN GAMBAR YANG TELAH DIAMBIL SEWAKTU KEDATANGAN BELIAU . BELIA DIIRINGI OLEH KETUA SEKTOR UNIT PEMBANGUNAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR DAN JUGA PEGAWAI PPD KLUANG .

Sila klik link disini untuk melihat keseluruhan gambar

KALAM JAMAIE PERINGKAT DAERAH KLUANG

Pada 13 / Mei / 2017 telah diadakan pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Daerah Kluang di SK Seri Machap . Pasukan SK Bukit Kenangan telah menyertai pertandingan ini dan berjaya mendapat tempat Keempat dari sembilan sekolah yang bertanding . Tahniah kepada Pasukan SK Bukit Kenangan di bawah kelolaan Puan Surya Hayati. Berikut merupakan gambar semasa program ini berlangsung.

Sila klik disini untuk melihat gambar program

 

RPH SECARA ONLINE

Untuk makluman semua guru SK Bukit Kenangan, sistem RPH online telah berjaya dikonfigurasi. Oleh itu semua guru sudah boleh menggunakan sistem ini untuk penghantarn RPH secara atas talian . Untuk makluman , jika guru – guru mempunyai masalah semasa penghantaran , pihak ICT akan menyelesaikan secepat yang mungkin . Terima Kasih .

Sistem RPH online boleh dibuka dengan melayari laman vle sekolah .

WIFI HOTSPOTS (JBA2014)

Tanggal 1 April 2015 pihak unit ICT SK Bukit Kenangan telah menaik taraf penggunaan internet sekolah kepada sistem Captive Portal . Sistem ini memerlukan pengguna memasukkan id dan kata laluan dahulu sebelum dibenarkan menggunakan internet . Ini selaras dengan cara untuk membendung masalah penggunaan internet yang salah atau hijacking wifi. Jika anda sebagai tetamu ingin menggunakan internet di SK Bukit Kenangan, bolehlah memohon kata laluan di pejabat sekolah dari pukul 7.30pg sehingga 5ptg. Terima Kasih.